Assalamualaikum
Sedikit
perkongsian kali ini berkenaan dengan perpindah kiblat umat Islam dari
menghadap ke arah Baitul Maqdis kemudian ke arah Ka'bah di Mekah.
Ketika
Nabi Muhammad SAW berada di Mekah, di tengah-tengah kaum musyrikin,
Baginda berkiblat ke Baitul Maqdis. Tetapi setelah 16-17 bulan Nabi
Muhammad SAW berada di Madinah, di tengah-tengah orang Yahudi dan
Nasrani, baginda disuruh oleh Allah SWT untuk berkiblat ke Ka'bah.
Orang-orang yang kurang berfikir tidak dapat memahami maksud pemindahan kiblat tersebut.
Dalam
Surah Al-Baqarah Ayat 142 Allah SWT berfirman yang bermaksud "
Orang-orang yang kurang akal fikirannya di antara manusia akan berkata, '
Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul
Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?' Katakanlah,
'Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus." [Al-Baqarah: 142]
Hikmah Perpindahan
Antara
hikmah perpindahan adalah hal ini dapat memberi pengertian bahawa yang
paling utama dalam ibadah solat bukanlah menghadap ke arah Baitul Maqdis
dan Ka'bah yang menjadi tujuan, tetapi menghadapkan diri kepada Allah
SWT. Untuk persatuan umat Islam Allah SWT menjadikan Ka'bah sebagai
Kiblat (source: Al-Quran dan terjemahannya). Umat Islam dari segenap
penjuru muka bumi menghadap ke satu arah iaitu Ka'bah sebagai simbolik
penyatuan, penyembahan Tuhan yang Satu yang Maha Esa, Allah SWT.
Wa Allahu A'lam


Tidak ada komentar:
Posting Komentar